Wednesday, May 6, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 > Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah > tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali > untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha > Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. > Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat. 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku..... AMINnnnn. & ;nbs p; Sampaikan dakwah ini kepada sahabat anda seramai yang boleh… Tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan dakwah ini kerana Allah.

Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar

Mutiara Kata

Kata-kata Mutiara para Ulama Shalihin.
source: www.nurulmustofa.org
Berkata Ulama Shalihin : "Awali gerakmu dengan "BismiLlahirRahmannirRahim""
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos : "Apakah kamu mau tahu kunci-kunci syurga itu ? Kunci Syurga sebenarnya adalah "Bissmillahirraman nirrahim"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos : "Berziarahlah kamu kepada orang-orang sholeh! Karena orang-orang sholeh adalah ubat hati"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Atthos : "Sebaik-baiknya teman adalah Al-Qur'an! dan seburuk-buruknya teman adalah syaitan!"
Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Bin Tohir Al Haddad : "Orang yang berjaya adalah orang yang istiqomah di dalam amal baik."
Berkata Al Habib Umar Bin Hud Al Atthos : "Boss yang wajib di patuhi adalah Allah SWT"
Berkata Al Habib Sholeh Bin Muhsin Al Hamid (Tanggul) : "Kunci kekayaan adalah shadaqah, dan kunci kemiskinan adalah sifat kedekut"
Berkata Imam Ghazali : "Cermin Manusia adalah Nabi Muhammad SAW"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Abdull Qadir Bin Ahmad Balfaqih : "Sebaik-baiknya ilmu adalah ilmu feqah"
Berkata Al Habib Muhsin Bin Abdullah Al Atthos : "Semua para wali di angkat karena hatinya yang bersih, tidak sombong, dengki, dan selalu rendah diri"
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas : “ Guru yang paling bertaqwa adalah Nabi Muhammad SAW, dan Rasulullah bersabda : “ Aku di didik oleh Tuhanku dengan sebaik-baiknya didikan”.
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas : ” Terangi rumahmu dengan lampu, dan terangi hatimu dengan Al-Qur’an”.
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas : ” Bermaksiatlah sepuas kamu pasti kamu akan mati, dan beramal sholehlah pasti kamu akan mati “.
Berkata Al Habib Abdullah Bin Muhsin Al Attas : ” Jadikan akalmu, hatimu, ruhmu, jasadmu, karena bila semua terisi dengan namanya berbahagialah kamu “.
Berkata Al Habib Alwi Bin Muhammad Al Haddad : “ Seindah-indahnya tempat di dunia adalah tempat orang-orang yang sholeh, karena mereka bagai bintang-bintang yang bersinar pada tempatnya di petala langit “.
Berkata Ustadzul Imam Al Habib Abdullah Bin Abdul Qadir Bin Ahmad Bilfaqih : “ Jadilah orang-orang yang sholeh, karena orang-orang yang sholeh akan bahagia di dunia dan akherat . Dan jadilah orang-orang yang benar, jangan menjadi orang yang pintar, karena orang yang pintar belum tentu benar, tetapi orang yang benar sudah pasti pintar “.
Berkata Al Habib Abdurrahman Bin Ahmad Assegaf (Sayyidil Walid ) : “ Ilmu itu bagai lautan dan tak akan ada yang mengenalnya kecuali merasakannya “.
Berkata Syekh Abu Bakar Bin Salim (Seorang Tokoh Besar di Negri yaman, di Kampung Inat) : "Janganlah kau tunda-tunda kebaikan sampai esok hari, karena engkau tak tahu apakah umurmu sampai esok hari".
Berkata Sayidina Ali Bin Abu Tholib Ra : "Bukanlah seorang pemuda yang membanggakan harta dan kedudukan ayahnya, tetapi seorang pemuda yang berkata inilah aku (Beramal Sholeh)".
Berkata Imam Syafi'i : "Cintailah orang sholeh, karena mereka memiliki kesholehannya, cintailah Nabi Muhammad SAW, karena dia kekasih Allah SWT, dan cintailah Allah SWT, karena dia kecintaan Nabi dan orang Sholeh".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) : "Istiqomah didalam agama menjauhkan kesedihan dan ketakutan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) : "Orang yang buta bukan orang yang melihat banyaknya harta, akan tetapi, yang disebut orang buta, orang yang tak mau melihat ilmu agama".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) : "Ilmu memerlukankan amal, amal memerlukankan ikhlas, maka ikhlas mendatangkan keridho'an-Nya".
Berkata Imam Syafi'i : "Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tak masuk kepada hati yg penuh kemaksiatan".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) : "Pemuda yang baik adalah pemuda yang berakhlak : 1. Ta'at kepada Allah SWT. 2. Ta'at kepada Nabi Muhammad SAW. 3. Ta'at kepada orang tua. 4. Ta'at kepada ulama.".
Berkata Al Habib Abdullah Bin Mukshin Al-Attas (Keramat Bogor) : "Kunci kesuksesan ada tiga, yaitu : 1. Menuntut ilmu dan beramal. 2. Istiqomah dan sabar. 3. Saling menghormati."

Adab mendengar azan dan lambang Keagungan Allah

Allahu Akbar!! ADAB MENDENGAR AZAN Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesa kit an ' sakaratul maut ' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ' Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah ' Lailahaillallah. . ' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kit a sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kit a sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah ' Lailahaillallah. . ' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala ' lamin. . ' Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah. .. Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ' Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah. ' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W. Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq . Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus. Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!

Tuesday, May 5, 2009




IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?
Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.
Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.
Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.
"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.
"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.
Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.
"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.
Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.
Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya..
Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.